Thursday, November 4, 2010

Warkah Buat Cinta Pertama-A Tribute to my Very First Love

Masih lagi aku ingat pada Cinta Pertama
Cinta Pertama yang mana cinta dan kasih datang dari hati
Cinta Pertama yang mana keikhlasanya tidak perlu dipertikai lagi
Walaupun pengertian cinta itu sendiri tidak aku mengerti
Tapi itu tidak penting kerana ia hadir dari hati nurani


Sehingga kini aku belum berjumpa sang pengganti
Walaupun sudah beberapa kali cubaan silih berganti
Masih belum terdetik di hati ini untuk bercinta lagi


Aku kini tidak seperti dulu yang berani meluahkan rasa cinta di hati
Kata-kata cinta tidak akan aku ucap sebarangan kerana aku lebih berhati-hati


Adakah aku masih cinta padamu wahai Cinta Pertama?
Mungkin ya dan mungkin juga tidak...
Jika berbicara tentang cinta mengapa kau yang harus aku ingatkan
Aku sendiri tidak pasti wahai Cinta Pertama...


Masih lagi aku ingat pada lagu kita
Adakah kau masih ingat wahai Cinta Pertama?
Masih aku nyanyikan lagu itu sehingga kini
Walaupun kita sudah lama terpisah
Kenapa, aku sendiri tidak pasti...


Dulu kehadiranmu membakar semangat dan pedoman
Bagiku kehadiranmu sebagai penguat diri dan harapan


Tapi mengapa perpisahan ini berlaku
Aku masih lagi mencari rasionalnya
Mungkin juga kesalahan itu datang dariku
Tapi mengapa waktu itu aku tidak cuba menghalangnya


Kini kau dan aku sudah jauh berbeza
Tanganmu kini sudah menggapai langit
Tapi tanganku ini tidak dapat menggapai walau selembar daun di dahan
Dulu aku pernah bermimpi untuk bersamamu mengejar bintang
Tapi kini semua itu tinggal kenangan


Aku tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ini
Kerana aku yakin aku lah yang bersalah


Walaupun hanya sebentar aku merasakan cinta
Tapi cukuplah wahai Cinta pertama
Semoga kau miliki apa yang kau hajati
Aku hanya ingin kau tahu wahai Cinta Pertama
Cintaku padamu datang dari hati...

                                                                                                                                           ZS

No comments:

Post a Comment