Wednesday, November 24, 2010

Sahabat Yang Hilang

Pernah suatu ketika kita menjadi sahabat
Sahabat yang saling bantu membantu dan nasihat menasihat
Sahabat yang paling aku kasihi di antara sahabat
Sahabat yang aku hargai bukan kerana kau sahabat kepada sahabat
Tapi aku bersahabat kerana kesucian dan keikhlasan yang ada pada niat

Ketahuilah wahai sahabat,
Aku disini amat merindui kemanisan persahabatan kita
Persahabatan yang terjalin kerana ukhuwah dan kasih bersaudara
Persahabatan yang tercipta kerana kau dan aku sama seagama
Persahabatan yang terbina kerana kau dan aku saling mencinta

Ketahuilah wahai sahabat
Aku bersahabat denganmu bukan kerana aku mahukan bintang
Aku bersahabat denganmu tidak sesekali kerana wang
Jika aku membantumu bila kau perlu tidak bermakna aku mahu balasan
Tapi itulah tanda kasih dan sayang

Wahai sahabat ketahuilah
Aku merasa kesal dan kecewa
Kerana sikapmu yang suka berprasangka
Kerana fikiranmu yang sanggup berdusta
Mengapa kau sanggup merendahkan nilai persahabatan sedemikian rupa


Mengapa hatimu itu sanggup berkata jalang
Mempertikai keikhlasan yang sudah sedia terang
Menggadai persahabatan dengan jiwa yang berang

Wahai sahabat ketahuilah,
Walaupun kau tidak lagi memerlukan aku
Tapi aku masih lagi setia untuk memimpin tanganmu
Aku masih lagi disini untuk menjadi pendengarmu

Jika kau perlukan aku suatu masa nanti
carilah aku di sanubarimu.....

No comments:

Post a Comment