Monday, November 29, 2010

xtaw tajuk ape

Kali nie punya post gua xnak artistik sangat,nak berpuisi la nak bersajak la nak berpantun la...
sebab inspirasi pon belum sampai lagi la beb...

Gua just nak cerita-cerita kosong je kat sini sebab gua pon tengah xde keje nak wat sekarang, maklumlah org tengah holiday sebulan, bukan senang beb nak dapat holiday sebulan. Wonder gak bila la nanti gua dapat cuti sebulan coz lepas nie zaman-zaman as a student akan berlalu menjadi sebuah kenangan. Lepas nie zaman untuk gua kerja cari duit sendiri and buat la ape2 yang patot...cari bini ke,beli kereta ke,beli rumah ke...beli la ape2 yang gua nak walaupun gaji gua ciput je. Tapi gua xkisah la kalau gaji gua ciput xsetanding dgn student2 yang dah degree, coz pada gua live by your means. Nak duit banyak2 watpe...gua nak hidup bahagia dan selesa je kat dunia nie, tu pun dah cukup la...tapi kalau Tuhan nak bagi lebih kat gua, gua bersyukur dengan nikmat-Nya.

So untuk tahun nie Alhamdulillah, gua dapat ape yang gua nak...gua mintak sikit je tahun nie, so Tuhan pon bagi sikit je la...tapi gua tetap bersyukur Dia dengar gak ape yang gua mintak...Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui....

First thing aku mintak untuk tahun nie adelah untuk dapat wat praktikal kat tempat kelahiran aku kat Batu Pahat. Bukan ape beb, gua kurang selesa sikit la duduk tempat orang nie..lagipon jauh dengan family..daripada gua duk jauh2 dengan family baik gua duduk dekat2 je...susah senang sakit aku ade gak orang tengokkn, maklumlah org xde girlfriend lagi...wahahahh...

Dua-dua tempat gua mintak kat Batu Pahat, Pejabat Daerah dengan Pejabat Pelajaran...gua mintak government sebab parent gua la yang suruh mintak government, so untuk xnak sakitkan hati diorang gua ikut je la cakap diorang. Syurga dibawah tapak kaki ibu beb...gua xnak jadi anak derhaka, lagipun gua memang harapkan keberkatan, restu dan doa diorang je untuk gua tempuh kehidupan kat dunia nie...semoga doa mereka sentiasa mengiringi gua. Berbalik kepada kisah praktikal tadi, dua-dua tempat gua dapat maklumlah parent gua nie banyak cable sikit..so agak mudah la untuk gua dapat tempat..lagipon gua memang pikir ahead nak keje kat Batu Pahat terus..tanah tumpah darahku beb mana boleh tinggal mcm tu je kn. Cuma satu perkara je yang menghalang gua, RESULT FINAL EXAM!!!!

Kalau gua repeat lagi semester nie memang gua cari nahas la, menjawab gua dengan parent gua nanti. Gua risau bukan sebab gua xboleh jawab final tapi sebab carry mark gua yang amat la gua rasa sikit sangat. Almaklumla, gua nie la pelajar paling pemalas kat kolej, dengan assignment gua xbuat, dengan quiz gua xamik, yang menambahkan tensen gua nie subjek Taxation,,memang record la coz dua-dua test gua xamik beb. Lagi satu masalah gua takut je kena bar coz dua bulan beb dua bulan gua xpegi kelas..gua duk Bangi macam gua pegi holiday la plak...lancau giler.

Paling gua risau dengan Madam Taxation, Madam Account Management dengan Madam Account gua. Madam Account tu gua xkisah sangat la sebab dia kenal gua and gua pon kenal dia...so xde hal sgt...still boleh settle lagi. Tapi Madam Taxation dgn Madam Account Management nie lain macam sikit...dah la strict giler yang membuatkan gua xsenang tido malam. Macam biasa la gua buat hal dengan xpegi kelas diorang...wahahahhahh

Gua ingat lagi, gua pegi kelas taxation dalam semester tu xlebih daripada tiga kali. Gua pegi kelas dia pon masa minggu pertama dengan 2 minggu terakhir sebelum final.. Memang langsi abis la gua cakap lu. Sebelum gua masuk kelas yang 2 minggu terakhir tu gua ade jumpa dia kat bilik pensyarah. Masa tu gua takut giler kena bar sebab tu gua jumpa dia. Madam Tax boleh buat2 xkenal gua lak..haha..padahal gua taw sebebnarye dia kenal gua...nie antara dialog gua dengan dia yang gua ingat sikit la...

Madam Tax: Awk nie sape??
Gua: Saya Zainul Arifin dari section 1...
Madam Tax: Oh, awk yang xpernah dtg kelas saya tu kn???
Gua: (gua pon anggok la laju2...segan gabra gugup semua ade la)
Madam Tax: Kenapa awk xdtg kelas saya??
Gua: Saya bukan xnak dtg kelas madam,,tapi saya ade masalah sikit la madam...(gua pon cerita la masalah gua)....lalalalla
Madam Tax: Saya rasa saya xboleh tolong awk lagi la...saya nasihatkan baik awk drop je subjek saya nie..Add and Drop Session ade lagi kn.?? xpayah la awk amik subjek saya buat jatuh pointer awk je nanti...
Gua: Add and Drop session mane ade lagi madam...Tolong la saya madam..bagi saya amik final je...tolong la jangan bar saya...saya janji lepas nie saya pegi klas madam...
Madam Tax: Tengokla nanti macam mana..

Gua pon cakap ok...gua malas nak cakap banyak gua amik buku Taxation gua yang gua dah beli dari awal sem dulu tu tapi baru sekarang nak amik and gua pon cakap terima kasih kat madam..sebelum gua keluar dari pintu bilik beliau, gua pon buat last turn gua...

Gua: Madam xbar saya lagi kn...???
Madam Tax: Tengokla macam mana...saya pon tgh busy skrg...

Wahahahah...dari situ gua dah start hepi and bersyukur sebab gua taw madam dah bagi gua last chance....


To be continued........................

Wednesday, November 24, 2010

Sahabat Yang Hilang

Pernah suatu ketika kita menjadi sahabat
Sahabat yang saling bantu membantu dan nasihat menasihat
Sahabat yang paling aku kasihi di antara sahabat
Sahabat yang aku hargai bukan kerana kau sahabat kepada sahabat
Tapi aku bersahabat kerana kesucian dan keikhlasan yang ada pada niat

Ketahuilah wahai sahabat,
Aku disini amat merindui kemanisan persahabatan kita
Persahabatan yang terjalin kerana ukhuwah dan kasih bersaudara
Persahabatan yang tercipta kerana kau dan aku sama seagama
Persahabatan yang terbina kerana kau dan aku saling mencinta

Ketahuilah wahai sahabat
Aku bersahabat denganmu bukan kerana aku mahukan bintang
Aku bersahabat denganmu tidak sesekali kerana wang
Jika aku membantumu bila kau perlu tidak bermakna aku mahu balasan
Tapi itulah tanda kasih dan sayang

Wahai sahabat ketahuilah
Aku merasa kesal dan kecewa
Kerana sikapmu yang suka berprasangka
Kerana fikiranmu yang sanggup berdusta
Mengapa kau sanggup merendahkan nilai persahabatan sedemikian rupa


Mengapa hatimu itu sanggup berkata jalang
Mempertikai keikhlasan yang sudah sedia terang
Menggadai persahabatan dengan jiwa yang berang

Wahai sahabat ketahuilah,
Walaupun kau tidak lagi memerlukan aku
Tapi aku masih lagi setia untuk memimpin tanganmu
Aku masih lagi disini untuk menjadi pendengarmu

Jika kau perlukan aku suatu masa nanti
carilah aku di sanubarimu.....

Thursday, November 4, 2010

Warkah Buat Cinta Pertama-A Tribute to my Very First Love

Masih lagi aku ingat pada Cinta Pertama
Cinta Pertama yang mana cinta dan kasih datang dari hati
Cinta Pertama yang mana keikhlasanya tidak perlu dipertikai lagi
Walaupun pengertian cinta itu sendiri tidak aku mengerti
Tapi itu tidak penting kerana ia hadir dari hati nurani


Sehingga kini aku belum berjumpa sang pengganti
Walaupun sudah beberapa kali cubaan silih berganti
Masih belum terdetik di hati ini untuk bercinta lagi


Aku kini tidak seperti dulu yang berani meluahkan rasa cinta di hati
Kata-kata cinta tidak akan aku ucap sebarangan kerana aku lebih berhati-hati


Adakah aku masih cinta padamu wahai Cinta Pertama?
Mungkin ya dan mungkin juga tidak...
Jika berbicara tentang cinta mengapa kau yang harus aku ingatkan
Aku sendiri tidak pasti wahai Cinta Pertama...


Masih lagi aku ingat pada lagu kita
Adakah kau masih ingat wahai Cinta Pertama?
Masih aku nyanyikan lagu itu sehingga kini
Walaupun kita sudah lama terpisah
Kenapa, aku sendiri tidak pasti...


Dulu kehadiranmu membakar semangat dan pedoman
Bagiku kehadiranmu sebagai penguat diri dan harapan


Tapi mengapa perpisahan ini berlaku
Aku masih lagi mencari rasionalnya
Mungkin juga kesalahan itu datang dariku
Tapi mengapa waktu itu aku tidak cuba menghalangnya


Kini kau dan aku sudah jauh berbeza
Tanganmu kini sudah menggapai langit
Tapi tanganku ini tidak dapat menggapai walau selembar daun di dahan
Dulu aku pernah bermimpi untuk bersamamu mengejar bintang
Tapi kini semua itu tinggal kenangan


Aku tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ini
Kerana aku yakin aku lah yang bersalah


Walaupun hanya sebentar aku merasakan cinta
Tapi cukuplah wahai Cinta pertama
Semoga kau miliki apa yang kau hajati
Aku hanya ingin kau tahu wahai Cinta Pertama
Cintaku padamu datang dari hati...

                                                                                                                                           ZS